Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
// Invader Eddy!!!




Cuti Minggu
Monday, October 1, 2012 | 9:22 AM | 0 comments
Hyee semua!!! Best tak cuti? Ceh! padahal cuti sabtu ngan ahad jer tapi Samad cuti sampai hari isnin LOL. Tapi memang best lah cuti tu Samad ikut kawan Samad balik kampung. Kampung dia kat Johor. Memang awesome la balik kampung dia. Samad bertolak dari rumah lepas solat jumaat. Waktu dalam perjalanan kitaorang buat muka tak malu lepastu lambai orang kat highway pulak tu.


Waktu perjalanan tu Samad tertidur kejap. Bangun-bangun macam biasa lambai orang lagi haha tak ada kerja. Kitaorang sampai dekat Johor lepas isyak. Sampai-sampai memang lapar terus pergi dapur makan. Makan nasi lauk apa entah. Malam-malam tu Samad tengok kawan Samad main badminton dengan sedara dia. Lepastu, sedara dia ajak Samad main sekali.


Esok pulak, pagi-pagi Samad bangun terus sarapan lepas sarapan tu layan tv jap. Lepastu, baru Samad mandi. Lepas zuhur kitaorang keluar pergi jalan-jalan best nak tahu tak kenapa best? Ha! Kitaorang pegi dekat Nusajaya. Korang tahu dekat Nusajaya ada aper? Mestilah tahu kan? Ada LEGOLAND tapi kitaorang tak masuk tengok jer. Tiket dah la mahal.


Samad tengok LEGOLAND tuh dari atas nampak macam kecik jer. Baik pergi Sunway Lagoon lagi besar dari LEGOLAND . Tengok kat parking kereta banyak itu pun banyak yang dari Singapore. Lepastuh, kitaorang snggah kejap dekat Mydin yang dekat sikit dengan LEGOLAND. Kitaorang beli roti dengan ais-krim.


Lepas dah habis makan semua tu, Kitaorang pergi dekat Pantai Sinabong. Kitaorang berhenti dekat sana untuk berhenti nak makan jer. Makan nasi lemak yum sedap! Lepas habis makan kitaorang tengok dekat batu ada ulat kecik-kecik banyak pulak tu. Kalau baling benda apa-apa nampak ulat tuh lari.


Lepas kenyang makan, Kitaorang terus balik. Dalam perjalanan nak balik tu kitaorang nampak crane tumbang. Crane dah la besar macam mana lah nak angkat balik crane tu. Apa-apa pun memang best lah. Ok ini jer yang Samad nak cakap. Bye!




Older Post