نرحب رمضان
Sunday, July 22, 2012 | 2:18 AM | 0 comments
Assalamualaikum.. Huhu agak lambat sikit samad post pasal ramadhan nih."نرحب رمضان" tuh maknanya selamat datang ramadhan. Terlebih dahulu cakap jer pasal ramadhan mesti semua ingin puasa penuh kan? Samad pon tahun ni nak puasa penuh seperti tahun yang sudah lepas insyaallah. Ramadhan ni ialah bulan rahmat yang paling istimewa. Mengapa bulan ramadhan ni istimewa? Sebab bulan ramadhan ni istimewa kerana bulan ramadhan allah menyuruh kita berpuasa dan bulan ramadhan sahaja ada solat tarawih kan. Samad rasa tahun ni ramadhan rasa sangat best sebab tahun ni samad berazam tak nak main mercun dah. Kepada sesiapa yang masih main mercun fikir-fikirkan lah yang main mercun ni diibaratkan macam kita bakar duit kita sendiri. So,cubalah kalau kita bakar duit kita sendiri rasa macam nak mati pon ada kan? Samad sarankan kepada semua orang muslim banyakkan lah bersedekah sekadar senyuman pon dah dikira sedekah dan bulan ramadhan nih kita mintak maaf lah dekat kawan-kawan kita tak kisah lah kita tak buat salah padanya. Ok lah sampai situ sahaja samad nak cerita pasal ramadhan nih, Sebenarnya ramadhan ada banyak lagi hikmahnya cuma samad tak nak post panjang-panjang. Samad pon nak mintak maaf kepada semua kawan-kawan dan semua orang islam. Bye, Assalamualaikum.(^_^)




