Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
// Invader Eddy!!!




Cuti Minggu
Monday, October 1, 2012 | 9:22 AM | 0 comments
Hyee semua!!! Best tak cuti? Ceh! padahal cuti sabtu ngan ahad jer tapi Samad cuti sampai hari isnin LOL. Tapi memang best lah cuti tu Samad ikut kawan Samad balik kampung. Kampung dia kat Johor. Memang awesome la balik kampung dia. Samad bertolak dari rumah lepas solat jumaat. Waktu dalam perjalanan kitaorang buat muka tak malu lepastu lambai orang kat highway pulak tu.


Waktu perjalanan tu Samad tertidur kejap. Bangun-bangun macam biasa lambai orang lagi haha tak ada kerja. Kitaorang sampai dekat Johor lepas isyak. Sampai-sampai memang lapar terus pergi dapur makan. Makan nasi lauk apa entah. Malam-malam tu Samad tengok kawan Samad main badminton dengan sedara dia. Lepastu, sedara dia ajak Samad main sekali.


Esok pulak, pagi-pagi Samad bangun terus sarapan lepas sarapan tu layan tv jap. Lepastu, baru Samad mandi. Lepas zuhur kitaorang keluar pergi jalan-jalan best nak tahu tak kenapa best? Ha! Kitaorang pegi dekat Nusajaya. Korang tahu dekat Nusajaya ada aper? Mestilah tahu kan? Ada LEGOLAND tapi kitaorang tak masuk tengok jer. Tiket dah la mahal.


Samad tengok LEGOLAND tuh dari atas nampak macam kecik jer. Baik pergi Sunway Lagoon lagi besar dari LEGOLAND . Tengok kat parking kereta banyak itu pun banyak yang dari Singapore. Lepastuh, kitaorang snggah kejap dekat Mydin yang dekat sikit dengan LEGOLAND. Kitaorang beli roti dengan ais-krim.


Lepas dah habis makan semua tu, Kitaorang pergi dekat Pantai Sinabong. Kitaorang berhenti dekat sana untuk berhenti nak makan jer. Makan nasi lemak yum sedap! Lepas habis makan kitaorang tengok dekat batu ada ulat kecik-kecik banyak pulak tu. Kalau baling benda apa-apa nampak ulat tuh lari.


Lepas kenyang makan, Kitaorang terus balik. Dalam perjalanan nak balik tu kitaorang nampak crane tumbang. Crane dah la besar macam mana lah nak angkat balik crane tu. Apa-apa pun memang best lah. Ok ini jer yang Samad nak cakap. Bye!



Pemilik blog
Saturday, September 22, 2012 | 9:38 AM | 0 comments
Hye!!! Assalamualaikum. Kenal tak kat atas tu siapa? Haa! Tak kenal? Inilah pemilik blog nih ok tak? Gambar ni Samad tangkap waktu pergi langkawi. Best naik cable car. Korang pernah naik ke cable car yang dekat langkawi tuh? Bestkan siapa yang pernah naik cable car tuh. Tapi, nak beratur memang penatlah beratur dah ambik masa lebih kurang 30 minit kot. Gambar yang dekat atas ni sebenarnye terang tapi Samad sajer edit. Cantik tak Samad edit? Kalau boleh subcribe la facebook Samad. Kalau nak add pun takpe ni Samad bagi linknya https://www.facebook.com/SamadNcem Ok lah sampai sini sahaja. Samad cuma nak perkenalkan diri jer. Ok, bye. TATA...
Tajuk random
Sunday, September 9, 2012 | 12:38 AM | 0 comments
Hye! Assalamualaikum semua. Sihat tak? Hari ni Samad tak pergi sekolah hari ni kan ada sekolah ganti tapi Samad malas nak pergi sebab cikgu cakap tak belajar. Mesti hari ni ramai yang tak sekolah kan? Samad tak pergi sekolah duduk kat rumah buka facebook jer. Samad buka facebook agak lama lah lepastu dah bosan Samad test la main game sinthai house gamenya best juga tapi Samad cakap memang seram lah siapa yang baru kali pertama nak mencuba game tu. Nak ke cuba game tu? Kalau nak jangan segan silu ni link gamenya http://www.sinthaistudio.com/thehouse/ . Game tu ada tiga jenis tau pilih lah mana satu korang suka. Samad dah cuba semua tuh dah yang paling bosan sinthai house halloween. Tuh la paling bosan tapi sinthai house 2 agak susah sikit la. Mision akhir sekali sinthai house 2 yang dekat safe room tu kena bagi kod untuk buka peti besi. Nak tau tak kodnya? Itu pon kawan Samad yang bagi tahu kodnya ialah jeng jeng jeng(bunyi sampingan) kodnya "1947" itulah kod nyer penat Samad update post nih cuba lah main game tu. Sekali cuba mesti korang cakap game tu AWESOME!!! Samad kali pertama cuba game tu pon lepas tu rasa nak main lagi. Ok lah kita tukar topik pulak boleh? HAAAA! Nak tau tak apa yang selalu Samad buat dekat sekolah bila cikgu tak masuk? Kitaorang buat komik sendiri untuk hilangkan rasa boring memang best buat komik bersama-sama kawan. Nak tau tak macam mana kitaorang bina komik tuh? Mula-mula kitaorang lukis karakter yang kita miliki pastuh kitaorang lukis gilir-gilir contohnya macam Samad lukis lepas tu Samad pass kat orang lain suruh lukis. Macam tu la cara kitaorang lukis. Tapi lukis orang lidi la tak kisah lukis cantik ke tak yang penting jalan cerita tuh. Tak silap Samad yang melukis tuh 4 orang termasuk Samad. Dekat komik Samad ada awek namanya Mikaela(hanya dalam komik) sedap tak nama tuh? Kawan Samad yang tolong bagikan nama tuh. Nak cerita pasal apa lagi ni? Samad pon tak tau nak cerita kat korang pasal apa. Nanti lah tunggu Samad ada idea, baru boleh post banyak-banyak lagi. Ok bye. TATA!
Eid Mubarak
Sunday, September 2, 2012 | 12:31 PM | 0 comments
Assalamualaikum semua. Samad nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di Malaysia. Sori samad post agak lambat sikit sebab dah lama Samad tak bukak blog ni. Tahun ni Samad tak dapat raya dengan kawan-kawan lama lah. Hari tu raya ke-7 Samad ajak kawan-kawan Samad raya sama-sama. Lepastu, bila harinya dah tiba Samad siap-siap tiba-tiba Samad call kawan Samad tu dia cakap tak jadi pulak. Lepastuh, hari ni dia ajak Samad pergi open house rumah kawan. Tiba-tiba dia cakap tak jadi pulak sebab dia penat baru balik dari sunway lagoon. Samad tak tau lagi bila lagi nak raya dengan kawan-kawan ni. Susah betul nak rancang raya sama-sama bila sekolah dah tak sama. Tahun ni duit raya Samad nak beli BlackBerry. Hari rabu ni kelas Samad ada buat jamuan kelas. Menu jamuan dia dah dibincang ni lah menu-menunya 1.nasi tomato 2.air fresh oren 3.buah jambu air. Tapi ustazah kata pakai baju sekolah, ingatkan macam sekolah rendah dulu bila jamuan raya semua pakai baju raya tapi bila masuk sekolah menengah pakai baju sekolah. Tapi tahun ni Samad harap jamuan raya lagi best la dari tahun-tahun yang lepas. Ok lah sampai sini  jer Samad nak post. Assalamualaikum, Selamat hari raya maaf zahir dan batin :D
Salam Lebaran
Thursday, August 23, 2012 | 12:43 AM | 0 comments
Assalamualaikum semua! Dah lama Samad tak post kat blog ni. Samad  ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin maafkan lah jika tersalah silap. Sori la lambat post, sekarang dah raya ke-4 samad dah lama sangat tak buka blog ni. Best tak korang raya tahun ni? Mcm raya yang sebelum ke lagi best?
Subcribe
Friday, August 10, 2012 | 1:37 AM | 0 comments
Subcribe la saya punya facebook https://www.facebook.com/SamadNcem
Ramadhan
Sunday, July 22, 2012 | 5:41 PM | 0 comments
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Sudah 2 hari kita berpuasa samad rasa puasa tahun ni macam tak rasa lapar, tak rasa  dahaga dan tak rasa kenyang. Tahun ni agaknya ALLAH memberi kita nikmat sebab masa nak masuk ramadhan ALLAH hujankan kita. Samad rasa masa berlalu macam cepat, baru bangun sahur lepastu rasa nak berbuka dah. Memang puasa tahun ni samad rasa macam tak puasa. Ok lah sampai situ sahaja samad nak post hari kedua ramadhan ni. Korang rasa macam mana puasa tahun ni? Ok bye Assalamualaikum.

Older Post